KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan laporan terkini berhubung cadangan persempadanan semula bagi menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Bercakap kepada pemberita, Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini dan Perdana Menteri turut menyatakan komitmen untuk melaksanakannya.
Media melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah membangkitkan isu persempadanan DUN Sarawak dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Pada Julai tahun lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 untuk menambah 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kerusi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back