KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menunjukkan perkembangan positif dalam keadaan kesihatannya dan masih memerlukan rehat secukupnya atas nasihat pasukan perubatan.
Perkembangan itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menziarahi Fadillah di Institut Jantung Negara (IJN), semalam, bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata keadaan kesihatan Fadillah semakin baik, namun masih memerlukan pemantauan dan rehat yang mencukupi.
Dalam kunjungan sama, Datuk Seri Anwar dan isteri turut menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menerima rawatan di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut.
Beliau turut mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan segera serta dipermudah segala urusan rawatan.
Sumber: Facebook PM Anwar Ibrahim
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back