SARIKEI - Bahagian Sarikei terus menerima suntikan pembangunan apabila nilai keseluruhan projek yang sedang dan telah dilaksanakan kini mencecah RM4.9 bilion.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, peruntukan berkenaan melibatkan pelbagai projek infrastruktur, kemudahan awam, ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Sarikei, Meradong, Julau serta Pakan.
Katanya, Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) menjadi antara pemangkin utama pembangunan menerusi 34 projek yang dilaksanakan, selain 63 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, 114 projek pembiayaan alternatif dan 28 projek rakyat.
Menurutnya, pendekatan pembangunan dari bawah ke atas memastikan setiap projek yang dirancang mengambil kira keperluan sebenar masyarakat setempat.
Datuk Len Talif berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei 2026.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan SKS sebagai platform penting untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat, selain memberi ruang kepada masyarakat mengetahui perkembangan projek pembangunan serta inisiatif kerajaan Sarawak.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back