SARIKEI - Ribuan pengunjung membanjiri Kompleks Sukan Sarikei bagi menyaksikan Konsert Rakyat sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026, malam tadi.
Para pengunjung dihiburkan oleh barisan artis tempatan dan tanah air termasuk Iwan Dasri, Ricky Andrewson, Chien Ng, Dayangku Fadzilah, Yadee, Bob Yusof dan Ratu Dangdut, Amelina.
Kemeriahan diteruskan dengan persembahan Band D’Jaksa yang menghiburkan penonton menerusi muzik secara langsung.
Turut hadir pada konsert itu ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back