KUCHING - Sambutan ulang tahun ke-30 CATS FM bukan sekadar meraikan tiga dekad perjalanan stesen radio berkenaan, sebaliknya menjadi titik tolak untuk mempersiapkan organisasi menghadapi masa depan industri media yang semakin pantas berubah.
Pengarah Urusan Kristal Harta (CATS FM), Mohd Iskandar Mohd Nawawi, berkata perkembangan platform digital, kecerdasan buatan (AI), podcast dan penstriman telah mengubah tabiat serta cara audiens mendapatkan kandungan.
Justeru, katanya, warga CATS FM perlu sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu dan tidak terlalu selesa dengan pencapaian sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-30 CATS FM di Kuching, malam ini.
Mohd Iskandar turut menyeru warga CATS FM supaya terus bergerak pantas, menerima perubahan dan sentiasa mencabar diri untuk menjadi lebih baik berbanding hari sebelumnya.
Tiga dekad perjalanan CATS FM kini bukan sekadar tentang melihat sejauh mana stesen itu telah berkembang, tetapi bagaimana ia mampu terus relevan dalam landskap media yang semakin didominasi teknologi digital.
Majlis itu turut diceriakan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back