SARIKEI - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan butiran pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.
Katanya, perjumpaan berkenaan berlangsung agak lama iaitu hampir satu jam.
Namun, menurutnya, perkara yang dibincangkan adalah antara beliau dan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei di Kompleks Sukan Sarikei, hari ini.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back