SARIKEI - Prestasi hasil Sarawak bagi enam bulan pertama tahun ini agak memberangsangkan dan antara yang tertinggi pernah dicatatkan bagi tempoh sama.
Tanpa mendedahkan jumlahnya, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pencapaian itu memberikan keyakinan kepada kerajaan negeri untuk mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Katanya, angka sebenar kutipan hasil dan unjuran pendapatan negeri akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan Sarawak akan datang.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang di Sarikei hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back