• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 August 2026 | 12:29 PM

Tragedi Bulatan One TJ: Penunggang Motosikal 20 Tahun Maut Kemalangan Dengan Lori Di Kuching

KUCHING - Seorang pemuda tempatan berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di bulatan Jalan Setia Raja berhampiran One TJ, di sini, pada Jumaat, 7 Ogos 2026.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.20 pagi.

Rempuh Bahagian Kiri Lori Semasa Masuk Bulatan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, siasatan awal pihak berkuasa mendapati lori rigid jenis Nissan berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Daerah Bau dari arah Muara Tabuan.

"Apabila sampai di bulatan Jalan Setia Raja (One TJ), Kuching dan semasa sedang bergerak dalam bulatan, lori tersebut telah dilanggar di bahagian kiri oleh sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa semasa dalam proses memasuki bulatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa Meninggal Dunia Di Zon Merah HUS

Akibat insiden pelanggaran tersebut, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan telah dikejarkan segera ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 10.31 pagi ketika sedang menerima rawatan lanjut di Zon Merah hospital berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa kes kemalangan maut tersebut kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihak polis turut menyeru mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Saundri A/P Govinda Rajoo di talian 011-27549620 atau 082-259900. Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Polis Daerah Kuching

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok