• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 August 2026 | 12:01 PM

Sarikei Meriah! Ribuan Pengunjung Banjiri Konsert Malam Budaya Sarawakku Sayang 2026

SARIKEI - Suasana di Kompleks Sukan Sarikei bertukar meriah apabila ribuan pengunjung membanjiri lokasi berkenaan bagi menyaksikan Konsert Malam Budaya sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 pada Jumaat malam 7 Ogos 2026.

Sambutan hangat daripada masyarakat tempatan dan kawasan sekitarnya mencerminkan sokongan padu terhadap program yang mengangkat nilai kebudayaan, hiburan serta semangat perpaduan komuniti Sarawak.

Program malam berkenaan diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian tradisional yang menyerlahkan keunikan serta kekayaan warisan pelbagai etnik di Sarawak.

Malam kemuncak konsert turut dihangatkan dengan persembahan barisan penghibur popular tanah air seperti Ramles Walter, Mawat, Raquel Then, Leez Zwita serta kumpulan muzik tempatan, Sarikei Buskers, yang berjaya menghiburkan pengunjung pelbagai peringkat umur.

Antara tetamu kenamaan yang hadir memeriahkan acara ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato Rolland Duat Jubin; ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing; serta Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Shafrie Saili.

Sumber: UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok