• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 August 2026 | 06:01 PM

Halaman Samarahan Utamakan Ruang Pelbagai Guna, Optimumkan Program Sepanjang Tahun

KOTA SAMARAHAN – Pembangunan Halaman Samarahan menumpukan kepada penyediaan ruang pelbagai guna bagi memenuhi keperluan aktiviti masyarakat, berbanding kemudahan khusus seperti trek sukan permotoran.

Timbalan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, pendekatan itu bagi memastikan kawasan berkenaan dapat dimanfaatkan secara optimum, menerusi penganjuran pelbagai program sepanjang tahun.

Beliau menjelaskan, walaupun kawasan itu luas dan berpotensi, tiada perancangan buat masa ini untuk membangunkan trek sukan permotoran di situ.

Ini kerana kawasan motocross sedia ada yang terletak bersebelahan dengan halaman itu sudah mempunyai perancangan pembangunannya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan lokasi berkenaan tetap berpotensi untuk menjadi tapak penganjuran program automotif seperti pameran kenderaan.

Namun, bagi penganjuran pertandingan sukan permotoran lasak pula, ia masih memerlukan penambahbaikan dan penyediaan kemudahan yang lebih lengkap sebelum dapat dilaksanakan.

Beliau turut mengakui wujudnya permintaan tinggi daripada golongan belia terhadap penyediaan ruang terbuka untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk menaik taraf kemudahan di kawasan berkenaan akan dipertimbangkan pada masa hadapan mengikut keperluan.

Buat masa ini, keutamaan diberikan kepada usaha mengetengahkan identiti serta sejarah Samarahan yang sinonim dengan aktiviti pertanian menerusi kemudahan dan program yang dirancang di tapak tersebut.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan halaman tersebut, di Kota Samarahan, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok