• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 August 2026 | 05:25 PM

Halaman Samarahan Dirasmikan, Nadi Baharu Aktiviti Awam Bahagian Samarahan

KOTA SAMARAHAN — Halaman Samarahan dirasmikan hari ini selepas projek pembinaannya siap dan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), menjadi nadi baharu penganjuran aktiviti awam di bahagian itu.

Sesi penyerahan serta perasmian tapak berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Projek bernilai RM3.8 juta itu menyaksikan hampir dua pertiga daripada kawasannya sudah diturap, menerusi peruntukan fasa pertama sebanyak RM1.5 juta.

Kecekapan kontraktor menyiapkan projek lebih awal daripada jadual asal iaitu pada Mei hingga Julai lalu, membolehkan lokasi berkenaan terus dimanfaatkan bagi penganjuran Karnival Jom Heboh minggu lalu.

Datuk Rubiah menjelaskan, baki peruntukan projek akan digunakan bagi pelaksanaan fasa kedua yang dijadualkan bermula tahun hadapan.

Fasa tersebut bakal melengkapkan perancangan kawasan berkenaan, termasuk pembinaan sebuah mercu tanda ikonik baharu buat Bahagian Samarahan.

Sementara itu, beberapa kemudahan asas sedang disiapkan bagi keselesaan pengguna, antaranya fasiliti tandas dan sistem pencahayaan.

Kelulusan peruntukan sekitar RM500,000 juga telah diluluskan bagi pemasangan lampu solar serta lampu hiasan berwarna yang dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Langkah menaik naik taraf kawasan itu diyakini memberi impak gandaan terhadap keupayaan Samarahan dalam menganjurkan acara berskala besar pada masa akan datang.

Sebagai permulaan, Halaman Samarahan dipilih menjadi lokasi penganjuran Karnival Usahawan GEMA dan Program Sarawakku Sayang peringkat Bahagian Samarahan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok