• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 August 2026 | 03:14 PM

Syarikat Pemborong Diesel Didenda RM126,000 Berhubung Penyelewengan Di Jeti Tanjung Engkilo Sibu

SIBU - Sebuah syarikat pemborong diesel dijatuhi hukuman denda berjumlah RM126,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu atas sembilan pertuduhan berkaitan penyelewengan diesel bersubsidi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam kenyataan media mengesahkan bahawa Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman berkenaan selepas wakil syarikat terbabit mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan penyelewengan tersebut pada 25 Ogos 2024 di sebuah premis stor penyimpanan yang terletak di Jeti Tanjung Engkilo, Sibu.

Tindakan itu didapati melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Kes pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Sarawak, Iezzah Iburdanisha Ibrahim.

Pihak KPDN Sarawak turut memaklumkan bahawa syarikat pemborong terbabit telah menjelaskan keseluruhan bayaran denda RM126,000 yang dikenakan oleh mahkamah.

KPDN menyeru seluruh anggota masyarakat agar terus menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi menerusi saluran aduan rasmi kementerian demi membendung ketirisan ekonomi negara.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok