• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 August 2026 | 12:08 PM

Bangunan Tambahan KKIA Kota Padawan Siap Sepenuhnya, Sedia Kemudahan Kesihatan Lebih Lengkap

KUCHING – Projek Pembesaran Fasa Kedua Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kota Padawan, Batu 10, siap sepenuhnya dengan kos berjumlah RM300,000.

Pelaksanaan projek itu melibatkan pembinaan sebuah bangunan tambahan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk bilik mesyuarat, stor fail, bilik pemeriksaan kesihatan wanita serta klinik pergigian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang berkata, kemudahan tambahan itu penting bagi menampung peningkatan keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan itu.

Menurut beliau, KKIA Kota Padawan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 30,000 penduduk, melibatkan lebih 50 taman perumahan dan lima kampung di kawasan berkenaan.

Katanya, pembangunan kemudahan tersebut meneruskan usaha memperkukuh infrastruktur kesihatan setempat, yang telah melalui beberapa fasa pembangunan sejak mula beroperasi pada 1994.

Beliau berkata, kemudahan baharu itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan awal, penjagaan antenatal dan selepas bersalin, imunisasi kanak-kanak, pendidikan kesihatan serta pemeriksaan berkala.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Tambahan Baharu KKIA Kota Padawan, Batu 10, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok