LAWAS – Pembinaan loji rawatan air baharu di Trusan berkapasiti 50 juta liter sehari, dijangka mampu memenuhi keperluan penduduk serta menyokong pembangunan kawasan itu pada masa hadapan.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek berkenaan merupakan penyelesaian jangka panjang bagi memperkukuh sistem bekalan air di Trusan dan kawasan sekitarnya.
Menurut beliau, aspek pengambilan air mentah perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan sumber yang dipilih dapat menjamin operasi loji secara berterusan.
Selain itu, perubahan keadaan semula jadi sungai juga perlu diambil kira.
Katanya, kerajaan kini melaksanakan langkah segera bagi menangani isu semasa membabitkan sistem pengambilan air mentah sedia ada.
Ia termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan langkah mitigasi sementara sebelum penyelesaian jangka panjang direalisasikan.
Beliau turut menggesa tindakan segera diambil bagi memastikan bekalan air kepada penduduk terus terjamin dan memastikan pembangunan infrastruktur air dapat dilaksanakan dengan lancer.
Apabila siap kelak, projek itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk Trusan dan kawasan sekitarnya, menerusi peningkatan kapasiti pengeluaran air terawat serta penyediaan sistem bekalan air yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Trusan, Lawas pada Khamis.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back