• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 August 2026 | 10:01 AM

JSJN IPK Sarawak Tahan Pemuda 21 Tahun, Rampas Ketamin Dan Sita Wang Tunai Di Kuching

KUCHING - Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah berikutan penahanan seorang lelaki tempatan di Jalan Tan Sri Datuk William Tan pada Rabu, 5 Ogos 2026.

Tangkapan yang dibuat hasil risikan berterusan serta maklumat awam itu dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari ke atas suspek yang berusia 21 tahun.

Rampasan Dadah Dan Sitaan Wang Tunai

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis Ketamin dengan anggaran berat kasar 102.80 gram bernilai RM5,140.00.

Selain itu, pihak polis turut menyita wang tunai berjumlah RM5,850.00 yang dipercayai perolehan daripada aktiviti pengedaran bahan terlarang berkenaan. Ujian saringan awal air kencing mengesahkan suspek positif dadah jenis Ketamin, manakala semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Depan Hukuman Mandatori Seksyen 39B 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan," mengikut kenyataan polis.

Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula 7 hingga 12 Ogos 2026 bagi melengkapkan siasatan.

PDRM menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam rantaian jenayah dadah dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat menerusi Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211 atau Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Polis Daerah Kuching 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok