• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 August 2026 | 11:27 AM

PDRM Mukah Tahan Buruh Ladang Sawit, Rampas Senapang Angin, Pedang Samurai Dan Syabu

MUKAH - Tindakan seorang lelaki tempatan menyimpan senjata berbahaya bersama bekalan dadah terbongkar selepas ditahan polis dalam satu serbuan di Jalan Mukah - Selangau pada Rabu, 5 Ogos 2026.

Suspek yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang sawit ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 8.00 pagi berdasar maklumat risikan di sebuah rumah tidak bernombor.

Rampasan Senjata Dan Dadah

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal bin Alias berkata pemeriksaan awal di lokasi menemui satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) dengan anggaran berat 0.46 gram yang disorok dalam kotak rokok milik suspek.

Pemeriksaan susulan di dalam bilik suspek kemudiannya membongkar penemuan pelbagai item berbahaya termasuk, satu laras senjata api dipercayai jenis senapang angin, sebilah pedang samurai berukuran 79 centimeter dan 80 biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru.

Hasil ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Perintah Reman Dan Tindakan Undang-Undang

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek kini direman selama tiga hari sehingga 9 Ogos 2026 bagi melengkapkan siasatan," kata DSP Muhamad Rizal dalam satu kenyataan hari ini, 6 Ogos 2026.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau penyalahgunaan dadah di daerah Mukah supaya menghubungi Hotline IPD Mukah di talian 084-871222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Sumber: Kenyataan Media KPD Mukah (6 Ogos 2026)

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok