• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 August 2026 | 09:27 AM

Gempa Bumi 5.6 Magnitud Landa Davao Occidental Filipina

MANILA - Wilayah Davao Occidental di selatan Filipina dilanda gempa bumi berukuran 5.6 magnitud pada pagi Khamis, 6 Ogos 2026.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), kejadian berkenaan dikesan berlaku pada jam 5.41 pagi berpusat kira-kira 16 kilometer ke barat Pulau Balut pada kedalaman 15 kilometer.

Gempa Susulan Siri Gegaran Jun

Pihak Phivolcs mengesahkan bahawa gempa bumi terbaharu ini merupakan rentetan gempa susulan berikutan kejadian gempa bumi kuat luar pesisir Sarangani berukuran 7.8 magnitud serta gempa luar pesisir Davao Occidental berukuran 6.5 magnitud yang pernah melanda rantau itu pada Jun 2026.

"Pihak kami mengjangkakan kejadian gempa bumi ini tidak akan mendatangkan sebarang kerosakan fizikal mahupun kemudahan di kawasan terjejas," menurut makluman dalam buletin rasmi Phivolcs.

Satu Lagi Gegaran Dikesan Tengah Malam

Dalam perkembangan berkaitan, Phivolcs turut merekodkan satu lagi kejutan gempa tektonik berukuran 5.3 magnitud di kedudukan 408 kilometer ke tenggara Pulau Balut pada jam 12.50 Khamis malam.

Gegaran berselang dengan kedalaman 183 kilometer itu bagaimanapun tidak dijangka membawa sebarang kerosakan atau punca kepada gempa susulan susulan kedalamannya yang jauh di dasar bumi. Tiada sebarang laporan paras intensiti gegaran diterima setakat ini daripada mana-mana kawasan berdekatan.

Sumber: BERNAMA-PNA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok