• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 August 2026 | 04:04 PM

KKM Guna Pendekatan Khusus Perkasa Fasiliti Kesihatan Pedalaman Sarawak dan Sabah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha menambah baik fasiliti kesihatan di pedalaman Sarawak dan Sabah, dengan mengambil kira cabaran geografi serta keperluan di setiap kawasan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, pendekatan itu penting memandangkan setiap klinik kesihatan di luar bandar berdepan cabaran dan kekangan yang berbeza.

Menurut beliau, antara cabaran yang dihadapi termasuk aspek akses logistik, peningkatan jumlah pesakit serta kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.

Sehubungan itu, menerusi inisatif Jelajah Kesihatan Borneo, pihaknya mendapati setiap klinik yang dilawati mempunyai keperluan tersendiri sama ada dari segi peralatan tambahan, pertambahan kakitangan, peluasan ruang atau perpindahan kerana lokasi yang kurang sesuai.

Inisiatif itu membolehkan KKM menilai keadaan sebenar di lapangan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan serta pengurusan penyakit dapat disalurkan secara saksama kepada penduduk di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual eksklusif bersama Bernama Radio di ibu negara, hari ini.

Mengulas mengenai stok bekalan ubat, Hanifah memberi jaminan KKM akan memastikan bekalan ubat di setiap klinik dan hospital di pedalaman sentiasa mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai langkah kesiapsiagaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok