• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 August 2026 | 03:06 PM

Sarawak Sasar 75 Emas, Tekad Kekal Juara Keseluruhan SUKMA 2026

KUCHING - Sarawak menetapkan sasaran meraih 75 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 yang akan berlangsung di Selangor dari 15 hingga 24 Ogos ini.

Sasaran itu ditetapkan bagi mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenangi pada edisi lalu.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Chef de Mission Kontinjen Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, seramai 930 anggota kontinjen yang terdiri daripada atlet dan pegawai akan menggalas cabaran itu kali ini.

Mengulas mengenai persediaan kontinjen, beliau berkata, tahap kesiapsiagaan kini berada pada tahap terbaik dan kontinjen telah bersedia sepenuhnya.

Jelas beliau, persiapan atlet telah dilaksanakan secara menyeluruh sejak dua tahun lalu menerusi pelbagai pendekatan.

Ia termasuk program latihan intensif serta penyertaan dalam pelbagai kejohanan bagi meningkatkan pengalaman.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan atlet berada pada prestasi terbaik menjelang temasya sukan kebangsaan dwitahunan itu.

Beliau berkata demikian dalam sesi podcast Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Untuk rekod, SUKMA Selangor 2026 akan mempertandingkan sebanyak 37 jenis sukan dengan melibatkan 469 acara di beberapa venue di seluruh Selangor.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok