• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 August 2026 | 10:01 AM

Ops Bersepadu JIM Sarawak! 17 Warga Asing Ditahan Di 8 Lokasi Sekitar Kuching

KUCHING - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berjaya menahan 17 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi siri operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di lapan lokasi sekitar Kuching pada 3 dan 4 Ogos lalu.

Operasi yang bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 pagi itu merangkumi pelaksanaan Ops Pintu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Sapu berpandukan aduan awam serta risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching.

Pemeriksaan 162 Individu Di Premis Sasaran

Tumpuan operasi merangkumi lapan lokasi strategi di kawasan Tarat, Jalan Mambong, Kota Padawan, Stakan dan Muara Tuang.

Sepanjang serbuan dijalankan, pihak penguat kuasa telah memeriksa seramai 162 Orang Yang Diperiksa (OYDP) di beberapa lokasi sasaran termasuk kediaman, tapak pembinaan kilang, rumah pekerja bengkel, serta kedai yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian.

"Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 17 warga asing yang disyaki melanggar Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," menurut kenyataan media JIM Sarawak di laman Facebook rasminya.

Penegasan Pemantauan Berterusan

Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Pihak JIM Sarawak menegaskan komitmen untuk terus melancarkan operasi secara konsisten bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI). Orang awam diseru terus menyalurkan maklumat berhubung sebarang kes pelanggaran undang-undang imigresen menerusi saluran rasmi jabatan.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak 5 Ogos 2026

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok