• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 August 2026 | 06:50 PM

Debat Piala Cabaran Premier Sarawak 2026 Satukan IPTA-IPTS, Asah Pemikiran Kritis Mahasiswa

KUCHING – Pertandingan Debat Piala Cabaran Premier Sarawak 2026 bakal menjadi platform pertama yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Sarawak, untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan negeri.

Inisiatif anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak itu dilihat mampu mengisi kekosongan pertandingan debat di peringkat universiti yang melibatkan penyertaan daripada kedua-dua kategori IPT dalam satu platform.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata, kebanyakan pertandingan debat yang dianjurkan sebelum ini lebih tertumpu kepada penyertaan pelajar sekolah menerusi platform yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Namun, pertandingan debat di peringkat universiti pula masih terhad dan lazimnya hanya melibatkan IPT awam, manakala penyertaan IPT swasta jarang diberi ruang untuk bersaing bersama.

Sehubungan itu, AZAM Sarawak mengambil inisiatif untuk mewujudkan pertandingan yang menghimpunkan kedua-dua kategori institusi, bagi menggalakkan pertukaran idea dan pemikiran mengenai hala tuju pembangunan Sarawak.

Menurut beliau, pertandingan itu bukan sekadar menguji kemahiran berhujah, malah menuntut peserta menilai keberkesanan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan sebelum mengemukakan cadangan penyelesaian yang bernas.

Pendekatan tersebut mampu mengasah kemahiran berfikir secara kritis serta menghasilkan idea yang boleh dimanfaatkan dalam pembangunan negeri pada masa hadapan.

Pada masa sama, pertandingan itu turut menjadi medium untuk melahirkan generasi pemimpin muda yang berwawasan dan berupaya menyuarakan pandangan secara matang terhadap isu-isu semasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pertandingan Debat Piala Cabaran Premier Sarawak 2026 di sini pada Selasa.

Pertandingan itu akan berlangsung dari 14 hingga 18 Ogos ini di Kampus 1 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di Kota Samarahan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok