• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 August 2026 | 05:33 PM

Projek RM918,000 Naik Taraf Jeti Kampung Boyan-Gersik Siap, Kini Lebih Selamat Dan Mesra OKU

KUCHING - Penduduk di kawasan Kampung Boyan, Kampung Gersik, serta para pelancong kini menikmati kemudahan pengangkutan air yang lebih selamat, moden dan selesa susulan siapnya projek menaik taraf Jeti Kampung Boyan-Gersik bernilai RM918,000.

Majlis penyerahan projek berkenaan telah disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Hal Ehwal Islam), Datuk Abdul Rahman Junaidi semasa lawatan ke jeti tersebut di Kuching, hari ini, 4 Ogos 2026.

Pembinaan Semula Struktur Utama

Projek naik taraf ini merangkumi pembinaan semula keseluruhan struktur penting jeti bagi menggantikan prasarana lama yang telah uzur akibat penggunaan berterusan oleh orang ramai.

"Projek ini melibatkan pembinaan semula struktur utama jeti merangkumi guide pillar, pontoon, gangway, dan jetty walkway yang direka untuk menjamin keselamatan tahap tinggi bagi semua pengguna," menurut kenyataan Unit Komunikasi Awan Sarawak (UKAS) di Facebook rasminya.

Selain mengutamakan aspek keselamatan, jeti baharu ini turut direka khas dengan akses yang mesra warga emas, individu berkerusi roda, serta golongan orang kurang upaya (OKU) bagi membolehkan pergerakan yang lebih inklusif.

Pemangkin Industri Kotej Dan Pelancongan Local

Sebagai antara pangkalan jeti paling sibuk di sepanjang Tebingan Sungai Sarawak, Jeti Kampung Boyan-Gersik berfungsi sebagai laluan harian penduduk tempatan dan pintu masuk utama sektor pelancongan.

Kemudahan ini membolehkan pelancong domestik dan luar mengakses kawasan Kampung Boyan, Kampung Gersik, dan Kampung Surabaya dengan mudah untuk menikmati sajian makanan tradisional, produk industri kotej, serta kraf tangan tempatan yang terkenal di kawasan berkenaan.

Sumber: Laman Facebook Rasmi UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok