• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 August 2026 | 04:30 PM

SKS 2026 Sarikei Tawar Hadiah Emas RM15,000 Menerusi E-Peraduan Kod QR

SARIKEI - Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sarikei yang bakal berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos ini dijangka meriah dengan pengenalan E-Peraduan QR Code yang menawarkan 82 hadiah cabutan bertuah.

Hadiah utama yang ditawarkan berupa seurat gelang emas seberat 20 gram bernilai kira-kira RM15,000, di samping televisyen 60 inci, motosikal serta pakej percutian dua malam ke Jakarta.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menjelaskan, pengunjung hanya perlu mendaftar menerusi imbasan kod QR dan menjawab beberapa soalan mudah berteraskan maklumat di pameran agensi kerajaan.

Platform Interaktif Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat

Mengulas lanjut ketika menjadi tetamu program Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini, 4 Ogos 2026, Datuk Len Talif berkata pendekatan peraduan berasaskan maklumat ini mendorong masyarakat mendapatkan info secara terus mengenai pelbagai bantuan dan dasar kerajaan.

"SKS merupakan wadah pemimpin berinteraksi dengan rakyat, berkongsi maklumat mengenai dasar serta bantuan kerajaan, selain turun padang melihat sendiri keadaan di lapangan supaya tindakan susulan dapat diambil," katanya.

Tambah beliau, penganjuran ini turut memberi ruang kepada Premier Sarawak untuk berkongsi hala tuju pembangunan negeri secara langsung bersama komuniti setempat.

Persiapan Capai 95 Peratus

Mengenai tahap kesiapsiagaan program yang diselaraskan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Datuk Len Talif memaklumkan persediaan kini telah mencapai 95 peratus dengan penambahbaikan dibuat berdasarkan penanda aras lima siri SKS terdahulu.

Sepanjang tiga hari penganjuran, SKS Sarikei bakal diisi dengan pelbagai acara menarik seperti Majlis Makan Malam Komuniti, Konsert Rakyat, aktiviti Brisk Walk bersama Premier Sarawak, pameran pendidikan tinggi percuma, serta jualan produk pelancongan dan gastronomi tempatan.

Penganjuran siri kali ini disasarkan bakal menarik kehadiran antara 30,000 hingga 50,000 pengunjung dari seluruh kawasan Bahagian Sarikei dan sekitar.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok