• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 August 2026 | 01:51 PM

32 Hari Menuju Para SUKMA, Sarawak Sasar Pertahan Gelaran Juara Keseluruhan

KUCHING — Misi mempertahankan gelaran juara keseluruhan menjadi taruhan utama kontinjen Para Sarawak, pada Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 Selangor 2026 yang bakal membuka tirainya bulan depan.

Dengan hanya berbaki 32 hari, sebelum temasya sukan para dwitahunan kebangsaan itu berlangsung dari 5 hingga 14 September ini, kontinjen Bumi Kenyalang kini memasuki fasa akhir persiapan bagi memastikan sasaran tersebut mampu direalisasikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tempoh berbaki itu merupakan fasa kritikal yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua atlet dan barisan sokongan.

Menurut beliau, setiap atlet perlu kekal fokus serta meningkatkan persediaan dari segi fizikal, mental dan disiplin latihan bagi menghadapi cabaran di pentas Para SUKMA Selangor 2026.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kem Motivasi Kontinjen Para SUKMA Sarawak dan Kiraan Detik 32 Hari Menjelang Para SUKMA Selangor 2026 di Kuching, hari ini.

Beliau berkata, kontinjen Para Sarawak bakal menggalas cabaran dalam 10 jenis sukan utama pada temasya kali ini, sekali gus membawa harapan negeri untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai sebelum ini.

Antara acara yang bakal disertai ialah Boccia, Para Badminton, Para Boling Padang, Para Catur, Para Memanah, Para Olahraga, Para Ping-pong, Para Powerlifting, Para Renang dan Para Tenpin Boling.

Beliau turut mengingatkan para atlet bahawa perjuangan mereka bukan hanya untuk mengejar kemenangan dan kutipan pingat, sebaliknya membawa tanggungjawab besar sebagai wakil yang mengangkat nama serta maruah Sarawak di persada sukan negara.

Katanya, semangat juang, keyakinan dan mentaliti seorang juara perlu terus disematkan dalam diri setiap atlet menjelang detik pertandingan sebenar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok