• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 August 2026 | 01:48 PM

SAK Gesa Kerajaan Sediakan Dua Jurulatih Berkaliber, Perkasa Skuasy Kuching

KUCHING – Kekurangan tenaga kejurulatihan berpengalaman menjadi antara cabaran utama dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan skuasy di Kuching.

Bagi menangani isu tersebut, Persatuan Skuasy Kuching (SAK) menggesa kerajaan negeri untuk menyediakan sekurang-kurangnya dua jurulatih berkaliber, bagi memastikan program pembangunan pemain dapat dilaksanakan secara berterusan.

Ia khususnya jurulatih bagi skuad elit dan pembangunan akar umbi.

Presiden SAK, Shukat Khan berkata, penyediaan tenaga kejurulatihan berkualiti amat penting bagi melahirkan lebih ramai pemain berpotensi serta memastikan perkembangan bakat muda dapat dipantau secara sistematik.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri menerusi Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberi perhatian terhadap keperluan tersebut.

Menurutnya, walaupun minat terhadap sukan skuasy di Kuching semakin meningkat, usaha melahirkan pemain berbakat sukar direalisasikan sekiranya isu kekurangan jurulatih tidak ditangani.

SAK menyasarkan peningkatan jumlah pemain aktif daripada kira-kira 60 orang ketika ini kepada lebih 100 orang pada masa hadapan, namun sasaran tersebut memerlukan sokongan tenaga kejurulatihan yang mencukupi.

Jelas beliau, perkara berkenaan telah dibangkitkan kepada Persatuan Raket Skuasy Sarawak (SRAS) selaku badan induk negeri serta SSC, namun sehingga kini masih belum terdapat perkembangan lanjut.

Malah, SAK turut mengemukakan surat kepada kementerian yang bertanggungjawab bagi mendapatkan pertimbangan penyediaan jurulatih berpengalaman demi memperkukuh masa depan sukan skuasy di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kejohanan Kuching Squash Invitational 2026 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok