• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 August 2026 | 02:37 PM

Penunggang Motosikal Maut Akibat Pejalan Kaki Melintas Tiba-Tiba Di Jalan Kelupu Bintangor

BINTANGOR - Seorang penunggang motosikal muda maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan seorang pejalan kaki di Kilometer 1, Jalan Kelupu (berhampiran Simpang Jalan Buan), awal pagi tadi, 1 Ogos 2026.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Rohaizzad Syazwan bin Abdullah, 23 tahun, berasal dari Kampung Abang Amin, Bintangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pejalan Kaki Didakwa Melintas Secara Tiba-Tiba

Menurut siasatan awal pihak polis, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Beat sedang bergerak lurus dari arah Bintangor menuju ke Taman Bintang.

Setibanya di lokasi kejadian, seorang pejalan kaki lelaki berusia 20 tahun yang berada di bahu kiri jalan dipercayai melintas secara tiba-tiba ke laluan motosikal.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang gagal mengelak lalu melanggar pejalan kaki tersebut. Akibat impak pelanggaran, motosikal terbabas ke bahu kiri jalan manakala penunggang tercampak serta terseret," menurut kenyataan IPD Meradong.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bintangor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 6.39 pagi.

Jenazah Di hantar Ke Hospital Sarikei, Sampel Ujian Diambil

Jenazah mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sarikei bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, pejalan kaki berkenaan turut dirujuk ke hospital sama untuk rawatan dan pengambilan sampel darah bagi ujian saringan alkohol serta dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis Mohon Saksi Dan Rakaman Dashcam Tampil

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menggesa mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Zainal bin Abdul Ghafar di talian 011-11945095.

IPD Meradong turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, peka dengan keadaan sekeliling, dan memastikan keselamatan diutamakan sewaktu melintas jalan.

Sumber: fb IPD Meradong Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok