• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

31 July 2026 | 10:04 PM

Terbuka Taiwan 2026: Pearly-Thinaah Dan Aaron-Aaron Cemerlang Tempah Slot Separuh Akhir

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu lelaki, Aaron Chia-Aaron Tai terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menempah tempat ke peringkat separuh akhir Terbuka Taiwan 2026.

Kejayaan tersebut dicapai selepas kedua-dua pasangan menundukkan lawan masing-masing dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung pada Jumaat, 31 Julai 2026.

Pearly-Thinaah Atasi Tekanan Tuan Rumah

Tampil selaku pilihan utama kejohanan, Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah besar untuk mengesahkan kemaraan selepas mengalahkan pasangan tuan rumah, Lin Chih-Chun dan Yang Chu Yun.

Dalam aksi pusingan suku akhir itu, pasangan negara melakar kemenangan straight set 21-14, 21-17 dalam masa 35 minit, sekali gus memenangi pertemuan sulung antara kedua-dua gandingan.

Di peringkat separuh akhir, Pearly-Thinaah dijadualkan bertembung dengan wakil Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai. Berdasarkan rekod, pasangan Malaysia memenangi dua pertemuan terakhir antara mereka.

Kebangkitan Aaron-Aaron Kejutan Pilihan Kedua

Sementara itu dalam acara beregu lelaki, pilihan kelima Aaron Chia-Aaron Tai mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama.

Mereka berjaya menyingkirkan pilihan kedua tuan rumah, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dengan keputusan 15-21, 21-7, 21-18 dalam pertarungan sengit selama 44 minit.

Kemenangan itu mempertemukan mereka dengan satu lagi wakil Taiwan, Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng di separuh akhir

Nasib Menyebelahi Lawan Bagi Zi Yu-Noraqilah Dan Justin

Namun begitu, kempen beregu wanita nombor 67 dunia, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan terhenti apabila tewas kepada gandingan Thailand, Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan 21-11, 20-22, 22-24 selepas bertarung 65 minit.

Nasib sama turut menimpa perseorangan lelaki negara, Justin Hoh yang akur tersingkir selepas tewas 17-21, 18-21 kepada pemain Korea Selatan, Yoo Tae Bin.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok