• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 July 2026 | 04:59 PM

Perasmian Wisma Elica Bukti Keyakinan Sektor Swasta Terhadap Masa Depan Sarawak - Abang Johari

KUCHING - Pembukaan rasmi bangunan Wisma Elica hari ini, 28 Julai 2026 disifatkan sebagai manifestasi jelas terhadap keyakinan kukuh sektor swasta terhadap hala tuju dan potensi ekonomi Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembangunan ikonik yang menempatkan VOCO Kuching oleh IHG serta K Care Collective itu mencerminkan komitmen berterusan pelabur dalam menyokong transformasi negeri.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Abang Johari merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Elica, Dato' Bobby Ting, ahli keluarga, ahli lembaga pengarah serta rakan kerjasama IHG Hotels & Resorts atas kejayaan menyiapkan projek berkenaan.

Beliau menegaskan pembukaan premis baharu itu membawa makna yang amat besar kepada landscape pembangunan di Bandaraya Kuching.

"Hari ini bukan sekadar menandakan penyiapan sebuah bangunan fizikal, malah ia meruapakan simbol keyakinan terhadap masa depan kita. Ia mencerminkan kesediaan sektor swasta untuk melabur dalam ekonomi tempatan, mewujudkan peluang baharu, serta memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan jangka panjang Sarawak," ujar beliau.

Dalam majlis tersebut, Premier Sarawak turut mendedahkan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh dengan pendapatan tahunan telah berkembang dua kali ganda daripada kira-kira RM7 bilion sewaktu beliau mula memegang jawatan kepada RM14 bilion ketika ini.

Peningkatan fiskal ini disalurkan semula kepada projek infrastruktur strategik, termasuk sistem pengangkutan Transit Aliran Mesra Alam (ART) berkuasa hidrogen, bekalan air, serta utiliti tenaga.

Bagi memperkukuh sektor pelancongan dan perkhidmatan, Sarawak berada di fasa merangka peluasan jaringan udara menerusi syarikat penerbangan AirBorneo. Selain laluan domestik dan Singapura, rancangan seterusnya meliputi laluan ke negara ASEAN, Jepun serta Korea Selatan.

Langkah itu juga dijangka memangkinkan sasaran jangka panjang Sarawak untuk menjadi hub serantau bagi pelancongan perubatan serta kediaman persaraan, disokong oleh pembinaan hospital-hospital baharu yang serba canggih.

Mengakhiri ucapannya, Abang Johari turut menyuarakan optimisme bahawa sinergi berterusan antara sektor awam dan swasta, ditambah dengan pelaburan modal insan menerusi inisiatif pengajian tinggi percuma, akan membolehkan Sarawak mencapai sasaran transformasi ekonominya.

Sumber: fb Sarawakku 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok