• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 July 2026 | 09:13 PM

Abdul Karim Sokong Cadangan Pusat Kebudayaan di Bario, Perkasa Budaya Masyarakat Kelabit

BARIO - Cadangan pembinaan sebuah Pusat Kebudayaan di Bario, terima sokongan penuh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Komitmen itu dizahirkan beliau semasa berucap menyempurnakan majlis perasmian Pesta Nukanen Bario Kali Ke-19 2026, baru-baru ini.

Menurut beliau, pusat kebudayaan tersebut wajar dibina dalam skala yang besar, seumpama pusat kebudayaan yang terdapat di Bau seperti Redim dan Bung Bratan.

Katanya, pembinaan pusat sedemikian bukan sahaja bakal mencerminkan warisan asli kaum Kelabit, malah membolehkan pelawat menghayati pelbagai komponen budaya tempatan secara lebih dekat dan komprehensif.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar pembangunan infrastruktur baharu di Bario dibina dengan mengekalkan reka bentuk serta seni bina berunsur budaya Kelabit.

Jelas beliau, langkah tersebut amat penting bagi memastikan identiti dan nilai estetika unik kawasan tersebut tidak terhakis oleh arus pemodenan atau lambakan bangunan batu.

Menyentuh mengenai penganjuran Pesta Nukanen, beliau menyifatkan festival ikonik itu sebagai acara yang terus berkembang saban tahun, dalam usaha mengangkat martabat masyarakat Orang Ulu.

Beliau berkata, Sarawak kaya dengan pelbagai etnik, dan di bawah kelompok Orang Ulu sahaja terdapat pelbagai suku kaum seperti Kelabit, Lun Bawang, dan lain-lain.

Kepelbagaian itu telah melahirkan variasi yang unik untuk setiap komponen kebudayaan, misalnya dari segi tarian, sajian makanan, gaya hidup, dan seni bina rumah kediaman.

Walaupun Bario terletak agak jauh dari bandar utama, namun penerimaan masyarakat di sana telah mendorong perkembangan yang cukup pesat dalam sektor pelancongan negeri.

Tambah beliau, Bario kini memiliki daya tarikan bertaraf antarabangsa tersendiri, berikutan trend sektor pelancong yang berubah.

Mereka kini masuk ke kawasan pedalaman bukan lagi sekadar untuk membeli-belah, tetapi didorong oleh keinginan untuk menyelami dan menikmati keunikan gaya hidup masyarakat tempatan secara realiti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok