• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 July 2026 | 08:49 PM

Formula 1 Kembali Ke Sepang: Malaysia Tuan Rumah GP Bahrain 2 hingga 4 Oktober 2026

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menyaksikan kepulangan perlumbaan berprestij dunia, Formula 1 (F1) dari 2 hingga 4 Oktober depan bagi mengendalikan penganjuran Grand Prix Gulf Air Bahrain.

Keputusan itu menandakan julung kalinya dalam sejarah saingan F1 di mana sesuatu acara perlumbaan dipindahkan ke negara lain berikutan pembatalan di lokasi asal.

Acara berkenaan bakal dikenali secara rasmi sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix, di Malaysia.

Pindaan Bersejarah Berikutan Isu Geopolitik

Penganjuran asal di Litar Antarabangsa Bahrain terpaksa dibatalkan pada awal musim berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di rantau Asia Barat.

Malaysia bersama Türkiye dipilihi sebagai antara calon utama sebelum kelulusan dicapai menerusi kerjasama diplomatik antara Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Pengurusan F1, serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain.

"Langkah ini membuktikan keupayaan sukan F1 untuk menyesuaikan diri dan mencari penyelesaian terbaik demi memastikan peminat dapat terus menikmati kalendar kejuaraan yang lengkap di venue yang hebat," kata Presiden dan CEO F1, Stefano Domenicali.

Domenicali turut merakamkan sembah penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa atas kepimpinan dan komitmen bagi merealisasikan pengaturan berprestij berkenaan.

Jualan Tiket Bakal Diumumkan

Sementara itu, Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem menambah bahawa kepulangan semula F1 ke Sepang mencerminkan komitmen kukuh Kerajaan Malaysia serta kekuatan hubungan sukan permotoran antarabangsa.

Untuk rekod, SIC pernah menjadi hos Grand Prix Malaysia selama 18 tahun dari 1999 hingga 2017 sebelum ditamatkan ekoran peningkatan kos.

Pihak pengurusan memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai tempahan dan penjualan tiket bagi menyaksikan perlumbaan ini di Sepang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok