SIBU - Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rakyat Sarawak kini semakin menolak politik perkauman, sebaliknya mahukan kerajaan yang mampu membawa pembangunan serta meningkatkan taraf hidup mereka.
Beliau berkata politik yang bersandarkan kaum dan agama tidak lagi sesuai dalam era baharu dipacu teknologi digital, sebaliknya kepimpinan perlu berteraskan ilmu, keupayaan dan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
Berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Tengah di Sibu hari ini, beliau berkata majoriti rakyat mahukan pembangunan dan kehidupan lebih baik, bukan lagi politik perkauman.
Dalam era digital hari ini, yang penting ialah kebijaksanaan, ilmu dan kemampuan, bukannya kaum atau agama.
Datuk Patinggi Abang Johari menegaskan kejayaan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memacu pembangunan negeri membuktikan dasar inklusif yang diamalkan PBB memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back