SIBU - Dakwaan kononnya masyarakat Dayak dipinggirkan dalam pentadbiran Sarawak disifatkan tidak berasas oleh Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata, ramai anak Dayak kini memegang pelbagai jawatan strategik di peringkat negeri dan Persekutuan, sekali gus membuktikan mereka terus diberi kepercayaan tanpa mengira kaum.
Menurutnya, dakwaan yang sering dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak itu hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat serta melemahkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat ruang untuk menambah baik aspek keterangkuman dalam pentadbiran, sambil menegaskan perjuangan membela kepentingan kaum tidak seharusnya dilakukan dengan meniupkan sentimen perkauman atau kebencian.
Datuk Seri Nanta berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Tengah di Sibu, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back