KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan selepas dipercayai terjun dari Jambatan Darul Hana, gara-gara dicabar oleh individu.
Kejadian pada 23 Julai lalu kira-kira jam 10.30 malam itu tular menerusi rakaman video berdurasi 28 saat di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan positif dadah hasil saringan awal ujian air kencing.
Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back