• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 July 2026 | 01:55 PM

Pesta Tarian Naga Dan Singa 2026: Suburkan Warisan Kebudayaan Dan Ranca Ekonomi Mukah

MUKAH - Penganjuran Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026 menjadi bukti keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak, di samping berupaya merancakkan sektor perniagaan tempatan.

Program kebudayaan itu dianjurkan oleh Kelab Tarian Naga dan Tarian Singa Setia Raja Mukah di bawah pimpinan Ho Ing Siong, dengan penyertaan pesertanya meliputi pelbagai bahagian di serata Sarawak.

Eratkan Silaturahim Dan Perpaduan Kaum

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mukah merangkap Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.

Beliau dalam ucapannya menyambut baik penganjuran berkenaan kerana disifatkan bukan sahaja berupaya memelihara seni tradisi masyarakat, malah menjadi medium terbaik untuk memupuk semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama.

"Program seumpama ini diharap memberi nilai tambah terutamanya buat generasi muda agar terus menghargai dan memperkasa warisan kebudayaan yang menjadi kebanggaan Sarawak," kata Hanifah.

Dorong Limpahan Ekonomi Sektor Tempatan

Selain mempertahankan identiti kebudayaan unik Sarawak, kehadiran rombongan peserta dan pelawat luar ke daerah Mukah turut menyumbang kepada limpahan ekonomi setempat.

Peningkatan kadar kehadiran pelawat sepanjang pesta berlangsung merancakkan perniagaan industri perhotelan, perkhidmatan penginapan, sektor makanan dan minuman (F&B), serta peniaga-peniaga kecil tempatan.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok