• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 July 2026 | 01:29 PM

MISI PERTAHAN EMAS GLASGOW 2026! BONNIE BUNYAU WASPADA ANCAMAN SAINGAN DARI ENGLAND

GLASGOW - Ikon powerlifting para tanah air, Bonnie Bunyau Gustin mengakui pencabar dari England, Mark Swan bakal menjadi pesaing terkuatnya dalam usaha mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Bonnie, 27, yang beraksi bagi kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg) menegaskan beliau tidak boleh memandang ringan keupayaan atlet berusia 21 tahun itu memandangkan rekod angkatan Swan kini semakin mendekati catatan peribadinya.

Keadaan Fizikal Mantap & Pengurusan Berat Badan

Meskipun menggalas harapan tinggi sebagai antara sandaran utama pingat emas Malaysia, juara Paralimpik berkenaan menganggap tekanan yang diterima sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik.

Beliau mengesahkan berada pada tahap fizikal bebas kecederaan serta telah berjaya menyesuaikan diri dengan fasiliti dan cuaca tempatan semasa sesi latihan di Scottish Event Campus (SEC) Centre.

"Saya perlu berhati-hati dengan atlet dari England itu. Kami bersaing dalam kategori yang sama dan sudah banyak kali bertemu. Angkatan yang dilakukannya tidak jauh berbeza dengan saya, jadi saya perlu lebih berwaspada" katanya ketika ditemui BERNAMA.

Pentingnya Formula Berat Badan

Selain memberi fokus penuh kepada teknik angkatan, Bonnie memaklumkan kawalan berat badan menjadi keutamaan berikutan format pertandingan di Sukan Komanwel yang menggunakan penilaian formula khas - menggabungkan nisbah berat badan atlet dan jumlah angkatan yang berjaya dilakukan.

Pemeriksaan terkini menunjukkan berat badannya kini berada dalam keadaan terkawal.

Untuk rekod pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, Bonnie memenangi pingat emas menerusi angkatan 220kg yang juga rekod baharu temasya, manakala Mark Swan meraih perak dengan angkatan 202kg.

Sukan powerlifting para menjadi antara prospek utama negara bagi mencapai sasaran keseluruhan 5 emas, 2 perak, dan 4 gangsa pada edisi kali ini.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok