KUCHING - Peminat dim sum di Kuching kini berpeluang menikmati hidangan Kantonis autentik menerusi pelancaran Menu Baharu Dim Sum Makan Tengah Hari di Restoran Kantonis River Palace, Riverside Majestic Hotel, Puteri Wing.
Semua hidangan dim sum ditawarkan pada harga istimewa RM10.90 setiap hidangan bermula 22 Julai hingga 31 Ogos ini.
Menu baharu itu menampilkan lebih 30 pilihan dim sum buatan tangan yang disediakan segar setiap hari oleh Chef Dim Sum bertaraf antarabangsa, Billy Leong Kar Sooi, yang memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang kulinari di Asia dan Timur Tengah.
Selain dim sum klasik dan ciptaan istimewa chef, pelanggan turut boleh menikmati pelbagai hidangan à la carte termasuk nasi, mi, makanan laut segar, ayam serta sayur-sayuran bermusim bagi melengkapkan pengalaman makan tengah hari.
Pengurus Besar Riverside Majestic Hotel, Kenneth Perreau berkata, pelancaran menu baharu itu mencerminkan komitmen hotel dalam menawarkan pengalaman menjamu selera Kantonis autentik pada harga berpatutan, sekali gus mengalu-alukan lebih ramai pelanggan menikmati hasil sentuhan chef serta promosi istimewa yang ditawarkan.
Dim Sum Makan Tengah Hari disajikan setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 2 petang di Restoran Kantonis River Palace yang terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pilihan menikmati masakan Kantonis autentik di Kuching.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back