SRI AMAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibaham buaya di Sungai Seterap, Pantu diteruskan hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Taufik Ezany Abdullah berusia 15 tahun.
Semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di dasar sungai semasa aktiviti menjala ikan bersama ahli keluarganya.
Ahli keluarga mengesyaki mangsa diserang buaya selepas ternampak reptilia itu berhampiran lokasi kejadian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back