• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 July 2026 | 01:04 PM

Pelbagai Acara Muzik di Sarawak Tawar Kepelbagaian Genre untuk Dinikmati

KUCHING - Penganjuran pelbagai acara muzik di Sarawak memberi peluang dan pilihan kepada masyarakat untuk menikmati pelbagai genre muzik kegemaran mereka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, kementerian mahu lebih banyak aktiviti berimpak positif dianjurkan, terutamanya buat generasi muda dan penggiat seni tempatan.

Menurut beliau, komitmen tersebut dizahirkan menerusi kesediaan kementerian untuk menyokong penganjuran acara seumpamanya melalui penyediaan geran khas atau dana bantuan.

Katanya, langkah membawa pelbagai variasi genre termasuk muzik rock, jazz, pop dan K-pop bukan sahaja memberi kepelbagaian pilihan hiburan kepada rakyat dan pengunjung luar, malah secara tidak langsung membantu merangsang ekonomi tempatan.

Beliau menjelaskan, penganjuran konsert antarabangsa secara berterusan memberi kesan domino kepada pelbagai sektor, terutamanya penginapan hotel, perniagaan makanan dan minuman, barangan kraf, serta perkhidmatan tempatan.

Tambah beliau, usaha berterusan itu menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran kehadiran pelancong ke Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media Rock In The City (RITC) 2026 di Kuching, hari ini.

Mengenai konsert tersebut, RITC 2026 akan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini di Wisma Melayu, Petra Jaya, dengan menampilkan enam kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa.

Antara yang menjadi tumpuan utama termasuklah kemunculan kumpulan popular Peterpan dari Indonesia, Secret Signal dari Brunei, serta band tempatan Barbarik dari Malaysia.

Mengulas lanjut berhubung acara itu, Datuk Snowdan tidak menolak kemungkinan untuk memasukkan konsert berkenaan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak pada masa akan datang, sekiranya ia terus mendapat sambutan memberangsangkan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok