• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 July 2026 | 03:10 PM

KPWKM Utamakan Penyelesaian Jangka Panjang, Pastikan Tiada Rakyat Terabai Di Luar Negeri Asal

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited memastikan tiada rakyat Malaysia yang terabai walaupun berada di luar negeri asal mereka. 

Komitmen itu dizahirkan menerusi pendekatan penyelesaian jangka panjang yang tidak terhenti sekadar selepas sesuatu kes menjadi tular.

Perkara itu susulan kes membabitkan seorang warga emas berasal dari Sarawak yang tular selepas dikatakan ditinggalkan keluarga di Johor baru-baru ini.

Menteri KPWKM, Dato Sri Nancy Shukri berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor telah bertindak segera terhadap keadaan warga emas berkenaan, sebelum menyusun bentuk bantuan yang bersesuaian.

Menurut beliau, kementerian juga sedia membantu sekiranya warga emas tersebut mahu pulang ke Sarawak atau ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

Beliau berkata, keutamaan KPWKM adalah untuk mencari penyelesaian terbaik berdasarkan kehendak serta keperluan individu berkenaan.

Dalam pada itu, bantuan yang disediakan bukan bersifat sementara semata-mata, sebaliknya melibatkan pemantauan berterusan bagi memastikan kebajikan warga emas tersebut terus terpelihara.

Katanya, JKM Johor telah memberi komitmen untuk melaksanakan bantuan dan pemantauan bermula 1 Ogos 2026 hingga Julai 2027, termasuk lawatan susulan bagi menilai perkembangan semasa serta keperluan lain yang mungkin timbul.

Tambah beliau, pendekatan itu bertujuan memastikan kehidupan individu berkenaan benar-benar dapat dipulihkan dan dipertingkatkan.

Pada masa sama, Dato Sri Nancy menyeru masyarakat Sarawak, khususnya yang menetap di Johor, supaya lebih peka terhadap kebajikan rakyat senegeri yang berada di luar Sarawak.

Beliau turut berharap ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengenali warga emas berkenaan tampil membantu serta menghubungi pihak berkuasa bagi memudahkan proses penyaluran bantuan.

Menurutnya, KPWKM akan terus bekerjasama dengan JKM serta Rumah Sarawak bagi memastikan kebajikan rakyat Sarawak yang berdepan kesukaran di Semenanjung, mendapat perhatian sewajarnya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok