• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 July 2026 | 12:01 PM

Media Penting Dalam Agenda Pembangunan, Terus Jadi Rakan Strategik Kerajaan - Fadillah

KUCHING – Media di Sarawak terus memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan, dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat disampaikan secara tepat, sahih dan inklusif kepada seluruh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, peranan media hari ini jauh melangkaui tugas menyampaikan berita, sebaliknya menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan dengan rakyat dalam membantu masyarakat memahami dasar dan hala tuju pembangunan negeri.

Katanya, sebagai negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan bahasa, Sarawak memerlukan media yang bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat secara tepat dan mudah difahami bagi memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat.

Melalui penyampaian maklumat yang berkesan, rakyat bukan sahaja memahami dasar kerajaan, malah lebih yakin dan terdorong untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan Sarawak. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2026 di Kuching, semalam.

Sehubungan itu, Fadillah berharap semua pengamal media di Sarawak terus mengekalkan profesionalisme dalam menyampaikan maklumat yang sahih, membina dan inklusif demi kemajuan negeri.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok