• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 July 2026 | 04:02 PM

Sarawak Komited Hapus Stigma, Buka Peluang Kerjaya Buat Pelatih Institusi Pemulihan

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan Sarawak komited membuka lembaran baharu buat pelatih Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlak, menerusi peluang mengikuti latihan kemahiran di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah proaktif itu bagi memastikan para pelatih terbabit mampu berdikari serta meningkatkan keyakinan dan nilai kendiri.

Menurut beliau, usaha berkenaan juga diharap dapat menghapuskan stigma masyarakat terhadap bekas pelatih institusi tersebut, sekali gus memudahkan mereka memasuki alam pekerjaan tanpa berdepan diskriminasi.

Beliau berkata, CENTEXS yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak menawarkan pelbagai program latihan kemahiran yang kompetitif dengan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90 peratus.

Katanya, selepas menamatkan pengajian, para pelatih akan memperoleh sijil atau diploma, seterusnya berpeluang mendapatkan pekerjaan dan mampu berdikari.

Bagi merealisasikan hasrat itu, satu pertemuan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak pentadbiran institusi serta CENTEXS akan diadakan dalam masa terdekat.

Tujuannya bagi meneliti peluang penyertaan pelatih dari kedua-dua institusi berkenaan dalam program latihan kemahiran yang ditawarkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Asrama Akhlak Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok