• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 July 2026 | 01:12 PM

JKM Sarawak Perkasa Pemulihan Holistik, Buka Peluang Kedua Kepada Penghuni

KOTA SAMARAHAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus memperkukuh pendekatan pemulihan secara holistic, terhadap kanak-kanak di bawah jagaan institusi kebajikan, sebagai persediaan untuk mereka kembali dalam masyarakat.

Pengarah JKM Sarawak, Semawi Mohamad berkata, pendekatan itu menggabungkan elemen pendidikan, pembangunan sahsiah, latihan kemahiran serta pembinaan daya tahan mental, bagi membantu membentuk masa depan penghuni.

Menurutnya, pendekatan tersebut dilaksanakan di Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Asrama Akhlak Lelaki Kuching yang kini menempatkan 45 penghuni di sekolah dan 10 lagi di asrama akhlak.

Katanya, semua penghuni mengikuti pelbagai program yang dirangka bagi membentuk jati diri, memperkukuh disiplin dan meningkatkan keyakinan diri.

Ia bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran sebagai persediaan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas tamat tempoh pemulihan.

Selain itu, JKM Sarawak turut melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan secara berterusan yang memberi penekanan kepada aspek sahsiah, disiplin dan daya tahan mental, selaras dengan konsep pemulihan menyeluruh yang diamalkan jabatan itu.

Melalui bimbingan dan peluang kedua yang diberikan, pihaknya yakin mereka mampu bangkit, membina masa depan yang lebih cerah serta menjadi insan yang berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ngiling Bidai 2026 Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Asrama Akhlak Lelaki Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok