• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 July 2026 | 03:05 PM

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2026 Bakal Himpunkan Pelbagai Tarikan di Kota Samarahan

KUCHING — Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak 2026 bakal menjadi hab komuniti sehenti terbesar di Bumi Kenyalang, dengan menghimpunkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan dalam satu penganjuran.

Karnival yang dijadual berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini akan diadakan di perkarangan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Penganjuran kali ini menawarkan pelbagai perkhidmatan komprehensif yang menggabungkan elemen perkhidmatan awam, kesihatan, rekreasi serta aktiviti kekeluargaan di bawah satu acara mega.

Menerusi konsep akses mudah, karnival selama tiga hari itu memberi peluang kepada masyarakat setempat berurusan secara terus dengan pelbagai kementerian dan agensi, selain mendapatkan pelbagai maklumat serta perkhidmatan di satu lokasi.

Selain itu, edisi kali ini turut menghimpunkan lebih 100 jenama tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi keperluan membeli-belah pengunjung.

Lebih istimewa, KJH Segulai Sejalai Sarawak tahun ini memperkenalkan acara <span;>Fun Run<span;> sejauh lima dan lapan kilometer, dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk jersi eksklusif dan pingat khas kepada para peserta.

Kemeriahan karnival turut diserikan dengan persembahan artis popular tanah air yang akan menghiburkan pengunjung sepanjang penganjuran, termasuk konsert di pentas utama pada setiap malam.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Baby Shima, Wany Hasrita, Masha Milan, Aepul Roza dan Aweera.

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya penduduk di Kota Samarahan dan kawasan sekitarnya, diseru hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan sepanjang tiga hari karnival berkenaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok