• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 July 2026 | 01:44 PM

Limpahan Ekonomi Komuniti, ROI Sebenar di Sebalik Jambatan Batang Lupar 1

KUCHING – Pelaburan besar Kerajaan Sarawak membina Jambatan Batang Lupar 1 tidak seharusnya diukur melalui Pulangan Pelaburan (ROI) komersial secara langsung.

Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai ‘game changer’ sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ROI sebenar bagi projek mega itu adalah dalam bentuk limpahan ekonomi kepada komuniti.

Menurut beliau, dengan adanya rangkaian jambatan dan jalan pesisir itu, ia secara langsung memacu transformasi ekosistem luar bandar secara menyeluruh.

Katanya, infrastruktur tersebut berjaya meruntuhkan tembok penghalang logistik yang selama ini membelenggu kawasan pesisir.

Jelasnya, mobiliti lancar itu membolehkan hasil-hasil agrikultur dan produk hiliran tempatan dipasarkan ke luar dengan lebih cepat, sekali gus meningkatkan pendapatan pengeluar di peringkat akar umbi.

Meskipun projek tersebut pernah berdepan detik sukar apabila dibatalkan sebelum ini, komitmen tinggi Kerajaan Sarawak yang mengambil alih sepenuhnya projek berkenaan akhirnya membuahkan hasil yang transformatif.

Bukti kejayaan pembangunan prasarana inklusif itu kini jelas kelihatan apabila taraf hidup penduduk di kawasan sekitar semakin meningkat.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kuching, hari ini.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok