• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 July 2026 | 10:24 AM

13 Projek Siap Bukti Komitmen SADA Bangunkan Sri Aman

KUCHING - Sebanyak 13 projek pembangunan di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) telah berjaya disiapkan setakat Jun 2026, sekali gus memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk dan pembangunan sosioekonomi di bahagian itu.

Pengerusi SADA, Dato' Sri Rohani Abdul Karim berkata, antara projek berimpak tinggi yang telah siap ialah pembinaan Jambatan Menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti (RH Kedeney), Sabu, bernilai RM5 juta yang kini menyediakan akses harian yang lebih selamat dan lancar kepada penduduk luar bandar.

Beliau ketika dihubungi CATS FM hari ini memberitahu, SADA turut melaksanakan pemasangan lampu isyarat di beberapa persimpangan utama sepanjang Jalan Akses Sri Aman (Q7) menggunakan Sistem STILE (Sarawak Traffic Information and Light System) bernilai RM5 juta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Bagi menangani isu banjir, ujarnya, empat projek mitigasi banjir di kawasan Lipat dan Kejamut turut dilaksanakan membabitkan peruntukan RM500,000 bagi setiap pakej.

Projek berkenaan bertujuan mengurangkan risiko limpahan air memasuki kawasan rumah panjang ketika hujan lebat dan fenomena air pasang.

Dalam sektor pembangunan modal insan, SADA turut menaik taraf Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman menerusi projek bernilai RM3.5 juta yang kini berperanan sebagai hab latihan kemahiran dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut beliau, kemudahan itu membuka lebih banyak peluang kepada belia tempatan mengikuti latihan berasaskan industri tanpa perlu berhijrah ke kawasan lain.

Ketika ini, seramai 67 pelajar berusia antara 17 hingga 29 tahun sedang mengikuti latihan dalam bidang Elektrik, Sistem Komputer dan Perladangan di Sarawak Skills Sri Aman.

Mengulas mengenai hala tuju SADA, Dato’ Sri Rohani berkata Bahagian Sri Aman merupakan antara bahagian tertua di Sarawak, namun pembangunan di kawasan itu masih ketinggalan berbanding beberapa bahagian dan daerah yang diwujudkan kemudian.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan penubuhan SADA amat relevan dalam mempercepatkan pembangunan serta merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan penambahan dana kepada SADA bagi memastikan agensi itu dapat terus melaksanakan mandatnya demi memacu pembangunan yang lebih menyeluruh di Bahagian Sri Aman.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok