• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 July 2026 | 07:37 PM

Lapan Pakej Jalan Raya Bernilai RM3.21 Bilion, Lengkapkan Rangkaian Sekitar Batang Lupar 1

SEBUYAU – Sebanyak RM3.21 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan lapan pakej projek jalan raya, bagi melengkapkan rangkaian infrastruktur di sekitar Jambatan Batang Lupar 1.
 
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek-projek berkenaan dilaksanakan di bawah Jalan Utama Kedua Sarawak (SSTR) dan Jalan Utama Pesisir Sarawak (CSTR).
 
Menurut beliau, antara pakej yang sedang dilaksanakan ialah Pakej A1-A yang menghubungkan Jambatan Samarahan ke Sadong Jaya dengan kos RM529.8 juta dan dijangka siap pada Disember 2027.
 
Selain itu, Pakej A1-B melibatkan pembinaan lebuh raya bertingkat ke Jambatan Sadong Jaya bernilai RM779.9 juta, yang dijangka siap pada September 2030.
 
Pakej A2 pula melibatkan laluan dari Sadong Jaya ke Sebuyau dengan kos RM542.8 juta dan dijangka siap menjelang penghujung 2030.
 
Projek lain yang turut dilaksanakan ialah Pakej B1 dari Sebuyau ke Jambatan Lingga bernilai RM494.6 juta.
 
Sementara itu, Pakej P1 dan P2 melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dari Jambatan Lingga ke Bakong hingga Entulang, Sri Aman, dengan kos RM140.8 juta.
 
Turut dilaksanakan ialah Pakej B4 yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar 2 ke persimpangan Lebuhraya Pan Borneo di Betong, bernilai RM292 juta dan dijangka siap pada September 2026.
 
Bagi Pakej A5, ia melibatkan pembinaan jalan dari Jambatan Saribas 2 ke persimpangan Lebuhraya Pan Borneo di Roban dengan kos RM431.8 juta dan dijangka siap pada Mac 2027.
 
Datuk Amar Douglas berkata, apabila keseluruhan rangkaian jalan raya itu siap kelak, perjalanan dari Kuching ke Sibu akan menjadi lebih singkat dan efisien.
 
Katanya, jika sebelum ini jarak perjalanannya adalah kira-kira 396 kilometer jika melalui Lebuhraya Pan Borneo, rangkaian baharu itu akan memendekkannya kepada sekitar 252 kilometer sahaja. 
 
Ia sekali gus mengurangkan jarak perjalanan sejauh 144 kilometer.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau, hari ini.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok