• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 July 2026 | 06:26 PM

Rangkaian Jambatan Pesisir Sarawak Bentuk Jaringan Sosioekonomi Bersepadu

SEBUYAU - Jaringan infrastruktur Sarawak terus mencatat kemajuan luar biasa apabila 11 daripada 21 buah jambatan yang dirancang di seluruh negeri, kini siap sepenuhnya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan positif itu sekali gus akan merancakkan lagi landskap sosioekonomi penduduk di kawasan pesisir negeri ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, enam buah jambatan lagi dijadualkan siap dalam tempoh terdekat tahun ini, manakala baki selebihnya kini berada dalam fasa perancangan.

Menurut beliau, selain meningkatkan mobiliti penduduk, rangkaian jambatan tersebut bakal bertindak sebagai pemacu utama sektor ekonomi baharu, khususnya pertanian dan akuakultur termasuk hasil perikanan.

Katanya, hasil pengeluaran dan produk dari kawasan pesisir kini boleh dihantar terus melalui jalan darat ke lapangan terbang untuk tujuan eksport ke pasaran global menerusi perkhidmatan kargo AirBorneo.

Menjelas lanjut, projek mega itu turut memperlihatkan komitmen tinggi Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar, menerusi pengenalan kaedah kejuruteraan baharu berasaskan struktur jambatan bertingkat.

Teknologi berkenaan diaplikasikan khusus bagi pembinaan di kawasan tanah gambut bagi memastikan struktur karbon di dalam tanah tidak terganggu, sekali gus menarik perhatian luar terhadap inovasi hijau Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebuah lagi jambatan tambahan yang menghubungkan Damai ke Santubong akan mula dibina pada tahun hadapan memandangkan dana bagi tujuan tersebut telah pun tersedia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi ini sekali lagi membuktikan keupayaan tadbir urus Sarawak yang kukuh, yang digerakkan atas paksi perpaduan erat dalam kalangan rakyatnya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok