• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 June 2026 | 11:06 AM

Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 Kembali 11 Julai Ini

KUCHING – Program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bakal berlangsung pada 11 Julai ini di sekitar bandar raya Kuching.

Program anjuran Tourism Malaysia Sarawak dengan kerjasama stesen radio tempatan, CATS FM itu akan menghimpunkan penyampai CATS FM, rakan media jemputan, selebriti, pempengaruh tempatan serta pendengar CATS FM dalam satu cabaran membeli-belah yang bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi platform untuk mempromosikan sektor pelancongan dan produk tempatan.

Penganjuran Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bertujuan menggalakkan aktiviti membeli-belah di Sarawak, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri melalui peningkatan kunjungan ke pusat beli-belah serta sokongan terhadap perniagaan tempatan.

Selain itu, program berkenaan turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan pelancong terhadap produk tempatan yang menjadi identiti Sarawak, termasuk kek lapis Sarawak, kraf tangan serta pelbagai produk warisan budaya yang mempunyai nilai komersial dan keunikan tersendiri.

Dalam masa yang sama, Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 turut mengetengahkan aktiviti membeli-belah sebagai salah satu komponen penting dalam industri pelancongan. Melalui pendekatan itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapatkan produk tempatan, malah dapat mengenali budaya, warisan dan identiti masyarakat Sarawak dengan lebih dekat.

Bagi menambahkan kemeriahan program, para peserta akan bersaing merebut wang tunai terkumpul berjumlah lebih RM7,000 di samping pelbagai hadiah sampingan yang menarik untuk dimenangi.

Penganjuran program itu juga dijangka dapat memperkukuh kerjasama antara agensi pelancongan, pemain industri, media dan pencipta kandungan digital dalam usaha memperluaskan promosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok