BAU – Seramai lapan daripada 12 lelaki berusia antara 20 hingga 43 tahun yang diperiksa dalam satu operasi di Bau hari ini, didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman dalam kenyataan berkata, operasi bermula kira-kira jam 2 petang di Kampung Sibuluh, Kampung Daun Singai, Kampung Bobak Singai dan Kampung Barieng Singai itu menyasarkan individu disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Katanya, lapan suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.
Dalam operasi sama, dua suspek turut ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas didapati memiliki masing-masing satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi bahan terlarang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back