KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan negara menerusi penyelarasan awal pendirian kementerian berhubung pengurusan pelarian dan pemohon suaka.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hajah Hanifah Hajar Taib berkata usaha itu dilaksanakan menerusi sesi Pre-Council sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Kali Ke-6 yang dijadual berlangsung esok.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata perbincangan memberi tumpuan kepada aspek kesihatan awam, akses kepada perkhidmatan kesihatan serta penyelarasan dasar bagi memastikan pendekatan yang diambil bersifat teratur, seimbang dan mengutamakan kepentingan kesihatan awam secara menyeluruh.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back